Gerbang Informasi Kerjaya Di Sektor Awam, Badan-Badan Berkanun Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Friday, January 16, 2009

Panduan Asas Kepada Pencari Kerja Siri 3

Keperluan untuk membawa sijil-sijil akademik asal dan RESUME untuk menghadiri sesuatu sesi temuduga.

Wajib!!!! Seseorang calon mesti membawa sijil-sjil akademik dalam bentuk yang asal dan bukannya dalam bentuk fotokopi sahaja.Sediakan satu salinan “resume” kepada panel penemuduga dan jika perlu, bawa salinan lebih sekiranya panel penemuduga terdiri gagal menemui salinan resume yang telah diberikan anda terlebih dahulu semasa memohon jawatan tersebut. Resume yang baik dan tersusun akan menggambarkan ciri-ciri dan personaliti anda. Resume yang dibina
secara ala kadar, amatur dan tidak tersusun sudah tentu akan mengurangkan potensi anda layak dan berjaya dalam temuduga. Sekiranya anda telah mempunyai portfolio kerjaya yang menerangkan secara terperinci tentang skop kerja, tugas dan tanggungjawab anda di dalam pekerjaan terkini atau terdahulu, sila bawa dan berikan kepada panel penemuduga. .


Semasa Temuduga – Soalan & Jawapan Lazim

13. Bagaimanakah cara yang betul untuk mengucapkan selamat bertemu dan
bersalaman dengan panel penemuduga?

Bangun dan berdiri tegak, kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel penemuduga.
Berjabat salam secara lembut tetapi tegas dan yakin.
Jangan sekali-kali berjabat salam secara longlai dan tidak bertenaga.
Berikan senyuman ringkas yang menarik sahaja. (bukan senyuman menggoda atau dibuat-buat atau tidak ikhlas)
Ucapkan “ Selamat Pagi, Gembira dapat bertemu tuan/puan” dan akhiri dengan ucapan “ Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang calon temuduga syarikat tuan.




14. Cara Yang Bijak Untuk Memperkenalkan Diri Anda Dan Mewujudkan keserasian Dengan Panel Penemuduga

Cuba bersikap jujur dan bijak dalam memperkenalkan latar belakang demografik anda. (Nama, tahap kelayakan akademik, matlamat dan falsafah diri)
Bina sikap yang positif dan yakin terhadap setiap persoalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga
Menggunakan prinsip SWOT Analysis dalam menerangkan personaliti, keupayaan, kemahiran atau sikap kendiri anda.
Ekspresi muka- pamerkan senyuman dan imej diri yang ceria dan segar.
Ekspresi badan- duduk dengan tegak dan duduk di bahagian hujung kerusi untuk menunjukkan keinginan yang tinggi untuk berjaya dalam sesi temuduga yang dijalakan.

15. Kepentingan Pertentangan Mata Di Dalam Setiap Proses Temuduga.

Ya dan amat perlu!!!! Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel penemuduga sebaliknya mata anda liar memerhatikan keadaan sekeling. Tindakan ini akan mempamerkan ketidakyakinan anda serta seolah-olah cuba untuk mengelak. Di samping itu, jangan sesekali melihat ke bawah dan tidak mempedulikan soalan-soalan yang sedang ditanya oleh panel penemuduga. Cuba sedaya upaya anda untuk menjawab soalan yang dikemukakan tetapi jangan bersikap berlagak pandai dan melebih-lebih. Sekiranya anda mendapati terlalu sukar untuk bertentang mata dengan panel penemuduga, cuba dengan sedaya mungkin untuk memerhatikan hidung panel penemuduga tersebut. Ianya akan dapat membantu untuk dianggap fokus semasa sesi temuduga sedang berjalan.

16. Apakah perkara-perkara yang tidak sesuai dan tidak wajar dilakukan berkaitan aspek pergerakan badan yang mungkin akan menggagalkan proses temuduga anda?

Jawapan secara bersahaja dan sambil lewa seperti “haa”, “ntah”, “tak”, “ye kot”.
Bercakap terlalu perlahan dan lemah lembut.
Memegang muka, mulut dan menggeliatkan kepala.
Berpeluh secara berlebihan dan “blushing face”
Mengunyah gula-gula getah.
Menggoyang-goyangkan kaki atau menggerak-gerakkan badan secara berlebihan.
Memegang pen atau pensil sambil memusing-musingkannya di hadapan ahli panel.
Bersiul.
Menjegilkan mata.
Menggunakan slanga, bahasa pasar atau loghat/dialek tempatan ketika menjawab soalan.
Menggunakan atau menyebut-nyebut nama ahli panel tanpa sebab.
Memotong percakapan ahli panel.

17. Apakah 5 perkara yang mungkin ditanya kepada calon dalam temuduga?

Penguasaan bahasa kedua.
Pencapaian terbaik yang pernah diraih samada dalam bidang akademik atau kokurikulum.
Kemahiran-kemahiran teknikal tambahan. Cnthnya Microsoft Frontpage, Microsoft Publisher, Autocad.
Bentuk-bentuk personaliti yang perlu ada. Contohnya imej yang positif.
Pengetahuan am.

18. Awas!!!!!!!JANGAN berikan soalan yang sebegini:

Soalan yang berkaitan dengan sistem kelemahan atau prestasi buruk syarikat di masa lalu.
Soalan yang boleh menampakkan kelemahan calon atau panel penemuduga.
Soalan yang berbentuk politik, konfrontasi atau provokasi.
Soalan yang menunjukkan bahawa anda gagal mendengar soalan yang dikemukakan dengan baik.
Soalan-soalan yang berbentuk peribadi dan remeh kepada panel penemuduga.

19. Apakah kesan negatif penulisan surat permohonan dan resume yang lemah kepada peluang anda?

Ya. Dalam pasaran pekerjaan hari ini, majikan biasanya menerima banyak permohonan untuk kekosongan jawatan yang terhad pada tempoh masa yang sama.
Maka, adalah amat penting kepada para calon untuk menghasilkan resume yang efektif untuk dijadikan batu loncatan untuk dipilih menghadiri temuduga.
Kebanyakan Jabatan Sumber Manusia di pelbagai sektor hanya meluangkan masa kira-kira 8 saat sahaja untuk meneliti resume anda sekali imbas sebelum menyenarai-pendek bakal calon untuk dipanggil temuduga.
Surat permohonan dan resume yang terbaik dan tepat sahaja akan membantu anda dalam setiap permohonan awal, bukan sahaja kelulusan akademik atau pengalaman kerja yang diambilkira.

No comments:

Post a Comment