9. Adakah kelewatan dalam menghadiri sesi temuduga selama lima minit akan
memberi apa-apa impak terhadap peluang untuk diambil bekerja?
Penyelidikan membuktikan bahawa sekiranya seseorang calon hadir lima minit lewat untuk satu sesi temuduga, mereka pada kebiasaanya dianggap gagal untuk sesi temuduga tersebut. Sentiasa pastikan anda tiba awal untuk setiap sesi temuduga, dan cuba pastikan juga bahawa tidak ada perkara luar jangka yang dapat menghalang anda untuk tiba awal. Kehadiran awal akan dapat memastikan anda untuk membuat persediaan awal, dapat memperhatikan tingkah laku pekerja di syarikat dan mengenalpasti bentuk suasana pekerjaan di syarikat tersebut.
10. Apakah yang boleh dilakukan untuk memastikan anda tiba awal untuk setiap
sesi temuduga?
Pastikan anda mengenalpasti lokasi syarikat atau tempat temuduga dengan lengkap dan tepat.
Jika anda tidak biasa atau tidak mahir dengan lokasi tersebut, dapatkan bantuan peta lokasi atau panduan direktori. Internet adalah salah satu sumber yang dapat membantu anda mengenalpasti lokasi syarikat.
Rancangkan masa perjalanan anda, dengan mengambilkira faktor kesesakan lalu lintas, tersesat jalan ataupun faktor hujan .
11. Bagaimanakah kod pakaian anda ketika menghadiri sesi temuduga?
Faktor pemakaian merupakan salah satu aspek asas yang perlu dititikberatkan oleh setiap bakal calon temuduga. Banyak yang telah diperkatakan dengan moto “Berpakaian Untuk Kejayaan”.
-Yang Tidak Boleh Dalam sesi Temuduga:
Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat.
“Tatoo” atau menanda badan secara kekal dan mudah dilihat.
Pemakaian alat pewangi secara berlebihan.
-Yang Tidak Boleh Kepada Calon Lelaki
Pemakaian pakaian yang tidak padan meliputi warna pakaian, jenis pakaian serta jenis tali leher.
Berambut panjang, berekor atau mewarnakan rambut.
Memakai gelang atau rantai.
-Yang Tidak Boleh Kepada Calon Wanita
Pemakaian pakaian seperti lelaki.
Pemakaian jel dan menyimpan pakaian yang terlalu panjang
Menggunakan alat solek secara berlebihan dan terlalu menonjol.
Berpakaian terlalu seksi dan tidak sopan ( JANGAN memakai pakaian yang menampakkan pangkal payu dara, jarang serta menampakkan bentuk dan warna pakaian dalam serta skirt yang pendek atau ketat )
Friday, January 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment