Gerbang Informasi Kerjaya Di Sektor Awam, Badan-Badan Berkanun Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Friday, January 23, 2009

Jawatan Sambilan Di Jabatan Perangkaan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia menawarkan jawatan kontrak/sambilan. Tuan/puan boleh menulis surat permohonan,resume, sijil-sijil akademik dan kokurikulum yang telah disahkan kepada:

Pengarah Kanan,
Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Aras 8, Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62514 Putrajaya.
Faks: 03 - 8888 9250

http://www.statistics.gov.my

Pengambilan akan dibuat hanya jika terdapat kekosongan.

Jawatan yang boleh dipohon mengikut kelayakan ialah

1. Perangkawan - Ijazah Sarjana Muda ke atas
Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

2. Penolong Pegawai Perangkaan - Diploma/STPM
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data serta membantu penganalisisan data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

3.Pembantu Perangkaan- SPM
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

No comments:

Post a Comment