Gerbang Informasi Kerjaya Di Sektor Awam, Badan-Badan Berkanun Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Monday, May 11, 2009

Surat Pengiktirafan JPA untuk pengiktirafah kelayakan akademik anda

(1) SEMAKAN SENARAI KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF

1.1 Pengiktirafan Kelayakan Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama

Pengiktirafan kelayakan/ program pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara adalah melibatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (Bagi individu yang mengikuti program Senibina, Kejuruteraan, Ukur Bahan, Ukur Tanah, dan Penilaian bermula pada tahun 2009, sila rujuk para 1.3) Untuk melihat senarai kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan, sila layari laman web ini: www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

1.2 Pengiktirafan Kelayakan Sarjana dan Ph.D

Bagi pengiktirafan kelayakan/program pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D, Kerajaan menggunakan dasar sedia ada seperti yang terkandung dalam:-

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2007 ‘Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana dan/atau Ph.D Bagi Maksud Lantikan ke Dalam Perkhidmatan Awam’.

1.3 Pengiktirafan Kelayakan Profesional Senibina, Kejuruteraan, Ukur Bahan, Ukur Tanah, dan Penilaian

Bagi pengiktirafan kelayakan Ijazah Pertama pengajian Kejuruteraan, Senibina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, dan Penilaian, sila rujuk senarai akreditasi yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan kelayakan profesional oleh lembaga profesional yang berkaitan seperti berikut:-

1.3.1 Lembaga Arikitek Malaysia (www.lam.gov.my)

1.3.2 Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia (www.bqsm.gov.my)

1.3.3 Lembaga Jurutera Malaysia/ LJM (www.bem.org.my) LJM juga menerima pakai senarai akreditasi daripada agensi-agensi berikut:-

Secara automatis bagi kelayakan yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari IPTA

1.3.3.1 The Engineers Australia (1989) (www.engineersaustralia.org.au)

1.3.3.2 The Engineers Canada (1989) (www.engineerscanada.ca)

1.3.3.3 The Engineers Ireland (1989) (www.iei.ie)

1.3.3.4 The Engineering Council (EC) (1989) (www.engc.org.uk)

1.3.3.5 Accreditation Board for Engineering Technology, US (1989) (www.abet.org)

1.3.3.6 The Institution of Professional Engineers, NZ (1989) (www.ipenz.org.nz)

1.3.3.7 The Hong Kong Institution of Engineers (1995) (www.hkie.org.hk)

1.3.3.8 Engineering Council of South Africa (1999) (www.ecsa.co.za)

1.3.3.9 Japan Accreditation Board for Engineering Education (2005) (www.jabee.org/english)

1.3.3.10 Institution of Engineers Singapore (Jun 2006) (www.ies.org.sg)

1.3.3.11 Institute of Engineering Education Taiwan (2007) (www.ieet.org.tw)

1.3.3.12 Accreditation Board for Engineering Education of Korea (Jun 2007) (www.abeek.or.kr)

Secara case by case basis bagi kelayakan yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari IPTA

1.3.3.1 The Commission Des Titres D’Ingenieur (www.cti-commission.fr)

1.3.3.2 European Federation of National Engineering Association (FEANI) (www.feani.org)

1.3.3.3The Institution of Engineers, Indonesia (www.pii.or.id)

1.3.4 Lembaga Juru Ukur Tanah (www.ljt.org.my)

1.3.5 Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (www.lppeh.gov.my)

(2) TAMBAHAN SENARAI KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF

Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Pertama dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am dari Autralia dan United Kingdom

Bagi pengiktirafan kelayakan/program pengajian dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am dari Institusi Pengajian Tinggi di United Kingdom dan Australia, Kerajaan telah mengguna pakai senarai Universities and Colleges Admissions Service (UCAS)/ (http://www.ucas.ac.uk) dan Commonwealth Register of Institution and Courses for Overseas Students (CRICOS)/ (http://cricos.deewr.gov.au ). Berikut ialah syarat-syarat yang diguna pakai bagi pengiktirafan kelayakan/program pengajian dari negara-negara berkenaan:-

  • Pengiktirafan hanya diberikan kepada kelayakan/program pengajian dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am
  • Pengiktirafan diberikan kepada Ijazah Pertama yang dijalankan secara sepenuh masa di kampus universiti berkenaan.
  • Pengiktirafan ini tidak melibatkan Ijazah Pertama yang dijalankan secara Ijazah Berkembar (Double Degree) atau Ijazah Pelbagai Bidang (All Other Streams Degree).
  • Bagi kelayakan/program pengajian profesional, pengiktirafan adalah mengikut perakuan dari badan profesional yang berkaitan di Malaysia.

Pengiktirafan Kelayakan dalam bidang Pendidikan dari Amerika Syarikat

Bagi pengiktirafan Ijazah Pertama dalam bidang Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi di Amerika Syarikat, Kerajaan telah mengguna pakai senarai National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE)/ (http://www.ncate.org). Pengiktirafan adalah diberikan kepada program sepenuh masa yang dijalankan di kampus universiti berkenaan.

No comments:

Post a Comment