Gerbang Informasi Kerjaya Di Sektor Awam, Badan-Badan Berkanun Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Saturday, May 9, 2009

Temuduga Terbuka Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila rujuk laman web JPN negeri anda untuk mendapatkan lokasi terkini tempat temuduga anda. Ini kerana pada hari tersebut dijalankan temuduga serentak bagi jawatan Guru Siswazah, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir Dan Pembantu Tadbir di seluruh negara di setiap negeri. Harap maklum. Sekiranya tiada sebarang maklumat di laman web JPN negeri anda, sila klik lampiran di bawah untuk mendapatkan info lokasi temuduga anda.

IKLAN: Guru Siswazah
IKLAN: Pegawai Tadbir
IKLAN: Penolong Pegawai Tadbir
IKLAN: Pembantu Tadbir

KLIK Di Sini: Surat Pengiktirafan JPA untuk tujuan permohonan jawatan


Temuduga Terbuka Jawatan Guru Siswazah Kontrak Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka bagi jawatan GuruSiswazah Kontrak,Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. Butiran Jawatan
a) Jawatan : Guru Siswazah Kontrak
b) Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
d) Taraf Jawatan : Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service)
e) Tempoh Kontrak : 1 Jun 2009 – 31 Disember 2009
f) Bayaran Perkhidmatan : RM 2000.00 sebulan

2. Syarat-Syarat Kelayakan
a) Warganegara Malaysia;
b) Umur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 55 tahun semasa dilantik;
c) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan;
d) Surat nilai taraf dari Jabatan Perkhidmatan Awam sekiranya ijazah dari luar negara / Institusi
Pengajian Tinggi Swasta; dan
e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. Bidang-bidang yang Diperlukan
a) Bahasa Melayu
b) Sains
c) Matematik
d) Bahasa Inggeris
e) Teknologi Maklumat
f) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
g) Sains Pertanian
h) Ekonomi Rumah Tangga
i) Teknologi Pejabat
j) Sains Sosial
k) Teknik & Vokasional

No comments:

Post a Comment