IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT DI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di bawah Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) bagi tempoh 6 bulan secara Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract for Service) di Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan – jabatan di bawahnya.
1.Pegawai Tadbir (SPS)
a. Kementerian Pengangkutan, Putrajaya (19 jawatan)
b. Jabatan Penerbangan Awam, Putrajaya
(5 jawatan)
c. Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Klang (3 jawatan)
d. Jabatan Laut Sarawak, Kuching (1 jawatan)
RM 2331.00 sebulan
i. Calon – calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
iii. Mempunyai kelayakan Sarjana Muda kepujian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv. Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
2.Penolong Pegawai Tadbir (SPS)
a. Kementerian Pengangkutan, Putrajaya (3 jawatan)
b. Jabatan Keselamatan Jalan Raya di seluruh Malaysia (14 jawatan)
RM 1610.00 sebulan
i. Calon – calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
iii. Mempunyai kelayakan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv. Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
3.Pembantu Tadbir (SPS)
Kementerian Pengangkutan dan Jabatan di bawahnya di seluruh Malaysia
(30 jawatan)
RM 1200.00 sebulan
i. Calon – calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
iii. Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
iv. Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
4.Pembantu Tadbir Rendah (SPS)
a. Kementerian Pengangkutan, Putrajaya
(1 jawatan)
b. Jabatan Laut Semenanjung Malaysia di seluruh Malaysia
(8 jawatan)
RM 1020.00 sebulan
i. Calon – calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
iii. Mempunyai kelayakan Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
iv. Lulus Bahasa Melayu/Malaysia pada peringkat Penilaian Menengah Rendah.
5.Pengawal Keselamatan (SPS)
Kementerian Pengangkutan, Putrajaya (10 jawatan)
RM 1020.00 sebulan
i. Calon – calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
iii. Mempunyai kelayakan Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv. Lulus Bahasa Melayu/Malaysia pada peringkat Penilaian Menengah Rendah.
6.Pemandu(SPS)
a. Kementerian Pengangkutan, Putrajaya (4 jawatan)
b. Jabatan Pengangkutan Jalan, Putrajaya
(1 jawatan)
RM1020.00 sebulan
i. Calon – calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
iii. Mempunyai kelayakan Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
iv. Lulus Bahasa Melayu/Malaysia pada peringkat Penilaian Menengah Rendah.
v. Memiliki Lesen Memandu Kelas D (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P))
7.Pembantu Am Pejabat(SPS)
a. Kementerian Pengangkutan, Putrajaya (8 jawatan)
b. Jabatan Pengangkutan Jalan, Putrajaya
(3 jawatan)
RM1020.00 sebulan
i. Calon – calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
iii. Mempunyai kelayakan Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
iv. Lulus Bahasa Melayu/Malaysia pada peringkat Penilaian Menengah Rendah.
v. Memiliki Lesen Memandu Kelas B2 (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P))
B. TEMPOH KONTRAK : 6 bulan
C. CARA MEMOHON :
i. Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan Borang MOT (SPS) 1/09 yang boleh didapati di :-
Kaunter Khidmat Pelanggan
Kementerian Pengangkutan Malaysia, Aras 1, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62616 PUTRAJAYA atau
laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia di www.mot.gov.my
Download Borang Jawatan Kosong Kementerian Pengangkutan Di SiniLine1
Download Borang Jawatan Kosong Kementerian Pengangkutan Di Sini Line 2
ii. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
D. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA:
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 5, Blok D5, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62616 PUTRAJAYA.
E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 12 Jun 2009 (Jumaat) sebelum jam 5.30 petang.
F. PEMAKLUMAN KEPUTUSAN TEMU DUGA
i. Calon-calon yang berjaya akan dihubungi melalui surat atau telefon dalam tempoh 10 hari selepas sesi temu duga diadakan.
G. CATATAN AM
i. Hanya calon-calon yang layak dan memenuhi asas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii. Pemohon dimaklumkan bahawa pelantikan secara kontrak ini tidak boleh dijadikan jaminan untuk dilantik secara tetap ke dalam perkhidmatan awam.
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment