TAWARAN UNTUK MENGISI LANTIKAN SECARA KONTRAK DAN SAMBILAN DI JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA, KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
1. Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi lantikan secara kontrak dan sambilan di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia.
2. JAWATAN A : TIMBALAN KOMANDAN (LATIHAN) N41 (KONTRAK)
Kod Jawatan                         :           N41K
Klasifikasi Perkhidmatan     :        Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan      :       Pengurusan dan Profesional
Skim Perkhidmatan              :         Kontrak
Gaji                                         :           P1T1      RM1469.81    -     P1T27   RM4035.01
                                                            P2T1      RM1552.09    -     P2T27   RM4277.01
                                                            P3T1      RM1638.00    -     P3T27   RM4539.58
Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
                                     (c) (i)   ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
                                      pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
                                      kerajaan; atau
                                     (ii)  ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
                                     institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                                     dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau
                                     (iii) ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
                                      institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                                      dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4); atau
                                     (iv) bekas anggota beruniform serta mempunyai pengalaman dalam bidang
                                     latihan dan pengurusan sekurang-kurangnya 10 tahun.              
               dan               (d)    kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
                                      pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
                                      dengannya oleh kerajaan.
(Calon-calon yang berkelayakan dari sektor swasta, universiti dan pesara kerajaan yang mempunyai pengalaman dalam bidang latihan adalah 
digalakkan untuk memohon)
3. JAWATAN B: PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 (SAMBILAN)
Kod Jawatan                          :       N27S
Klasifikasi Perkhidmatan    :       Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan    :       Sokongan
Skim Perkhidmatan              :      Sambilan
Gaji                                          :       RM41.90 sehari beserta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)                                                          RM7.00 sehari
Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:-
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
                                        (ii)diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
                                            daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
                                            diiktiraf setaraf dengannya.
                                      (iii) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan
                                             daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
                                             diiktiraf setaraf dengannya.
            dan              (d)    kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
                                          peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
                                          dengannya oleh kerajaan.
4. JAWATAN C: PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 WANITA (KONTRAK)
Kod Jawatan                         :           S17K
Klasifikasi Perkhidmatan   :           Perkhidmatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan   :           Sokongan
Skim Perkhidmatan            :           Kontrak
Gaji                                         :           P1T1   RM656.30      -     P1T24   RM1721.10
                                                            P2T1   RM697.40      -     P2T24   RM1817.90
                                                            P3T1   RM739.79      -     P3T24   RM1918.33
Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
                                    (c) (i)   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
                                                oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam atau lulus
                                                Bahasa Arab; atau
                                         (ii)   Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan
                                               penuh kerajaan;
            dan               (d)    lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
                                           peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
                                           dengannya oleh kerajaan.
5. JAWATAN D: PEMBANTU TADBIR N17 (SAMBILAN)
Kod Jawatan                         :           N17S
Klasifikasi Perkhidmatan   :           Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan   :           Sokongan
Skim Perkhidmatan            :           Sambilan
Gaji                                         :           RM28.50 sehari beserta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM5.00 sehari
Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
                                                (c) (i)   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                                                            dengannya oleh kerajaan;
                                                      (ii)   Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf
                                                      oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
                                                     (iii)Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
                                                      oleh kerajaan.
                                                     (iv)  sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar
                                                      dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik
                                                      tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
                                  
                      dan               (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
                                                  pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
                                                  setarafdengannya oleh kerajaan.
                                                  (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
                                                    komputer dan/atau mengambil trengkas). 
6. CARA MEMOHON
           6.1     Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang JLKN/PSM 01 yang
                      boleh didapati di pejabat JLKN seperti alamat di bawah:
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 9, Menara TH Selborn
153 Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
    Tel:03-2687 3444/418/452/450
Faks:03-2685 2022
Borang permohonan JLKN/PSM 01 juga boleh di muat turun melalui laman web JLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Post a Comment