Gerbang Informasi Kerjaya Di Sektor Awam, Badan-Badan Berkanun Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Monday, November 30, 2009

Karier: Kementerian Pengajian Tinggi 09

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang tersebut di bawah ini :-

1. PEMANDU KENDERAAN GRED R3
2. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
3. OPERATOR LOJI GRED R3
4. TUKANG K3 GRED R9

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal
* Lihat "Kekosongan Jawatan di KPT"

CARA MEMOHON

(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang KPT/ BPSM/1/2009 yang disertakan boleh dimuat turun di atas

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 16sm x 23sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis tajuk jawatan yang dipohon. Contoh: Pemandu Kenderaan Gred R3

Permohonan hendaklah sampai kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok E3, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA.
(u.p: Urusan Pengambilan AKS)

TARIKH TUTUP : 15 DISEMBER 2009

No comments:

Post a Comment