Gerbang Informasi Kerjaya Di Sektor Awam, Badan-Badan Berkanun Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Wednesday, October 7, 2009

Karier: Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Iklan Jawatan Kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
Tarikh tutup 8 Oktober 2009



Rakyat Terengganu yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan kosong berikut:-

A. JAWATAN/SKIM PERKHIDMATAN

1) Pegawai Tadbir Gred N41
2) Pegawai Psikologi Gred S41
3) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 (Pendidik TASKA)


B. AGENSI
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU


C. KUMPULAN PERKHIDMATAN
Jawatan : 1 dan 2 - Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Jawatan : 3 - Kumpulan Sokongan

D. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

Jawatan : 1 - Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Jawatan : 2 dan 3 - Perkhidmatan Sosial


E. TARAF JAWATAN

Kontrak


F. CARA MEMOHON


(i) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Jalan Sultan Omar,20300 Kuala Terengganu, Terengganu.

(ii) Pegawai yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan:-


• Salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini

• Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 3 tahun yang terkini


(iii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap/lewat tidak akan dilayan.

(iv) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

(v) Sila tuliskan nama dan gred jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
(vi) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:


PENGARAH
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU
JALAN SULTAN OMAR
20300 KUALA TERENGGANU

juga boleh dilihat disini

No comments:

Post a Comment