Gerbang Informasi Kerjaya Di Sektor Awam, Badan-Badan Berkanun Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Saturday, May 16, 2009

Borang Permohonan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih

Informasi ini diperoleh dari forum ini di :http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=159&thread_id=9048

  1. Untuk memohon jawatan tersebut, sila rujuk dengan Pejabat Pelajaran Daerah di daerah yg hendak memohon, tapi untuk yg mcm nih, sebagai contoh di Ipoh, jika anda memohon di PPD Kinta Utara, anda hanya akan ditempatkan di sekolah-sekolah di bawah selian PPD Kinta Utara Sahaja, jika anda hendak mengajar di Kampar atau Taiping, anda perlu membuat permohonan lain di PPD Kinta Selatan dan PPD Larut Matang dan Selama sekali. Tarikh permohonan dibuka dan ditutup adalah berbeza untuk setiap daerah dan tarikh mula berkhidmat juga adalah berbeza. Bagi mereka yang melepasi syarat minimum, akan ditemuduga di PPD yang berkaitan oleh penyelia mata pelajaran yang anda pohon.
  2. Berkenaan dengan lulusan pula, apa membezakan anda adalah gaji dan elaun, tangga gaji bagi guru sementara ni biasanya mengikut Taraf SPM, STPM/Diploma dan Ijazah. Anda layak menerima gaji mengikut tangga tersebut hanya setelah anda memiliki sijil/transkrip sbnr sahaja. Andai kata anda merupakan lepasan ijazah yang masih belum bergraduasi (konvo) dan merupakan lepasan SPM, maka gaji anda adalah di tangga SPM sahaja. Tapi bergantung kepada peruntukan juga, sesetengah PPD akan gaji anda bersesuaian dengan peruntukan dengan yg mereka ada. Bayaran untuk sek men dan sek ren juga adalah berbeza. Biasanya, bayaran gaji anda akan dibuat selepas 2 atau 3 bulan perkhidmatan anda bermula dan akan dibayar penuh selama mana tunggakan tersebut.
  3. Mengenai opsyen mengajar (mata pelajaran) pula, adalah lebih baik anda minta matapelajaran yg bersesuaian dengan bidang anda (ataupon matapelajaran SPM anda yg baik). Misalnya, bekas pelajar SMA dan SMKA biasanya layak untuk memohon mengajar matapelajaran agama, tetapi anda mungkin mengalami komplikasi politik pejabat yang lain (matapelajaran yang lain pon sama).
  4. Berkenaan dengan title, kontrak Guru Ganti sekurang2nya adalah selama 2 bulan (atau 45 hari bekerja kalau x silap) dan biasanya tugas Guru Ganti adalah untuk menggantikan guru-guru lain yang terpaksa meninggalkan kerjayanya untuk sementara (Maternal Leave, Medical Leave, Haji, Kursus, Aktiviti Luar) dan matapelajaran yang anda perlu ajar biasanya bergantung kepada sekolah di mana anda ditempatkan. Setiap kali kontrak anda habis, anda perlu memohon semula (jangan lupa mendapatkan testimonial dan surat akuan dari pengetua terbabit, ia akan menjadi penguat untuk anda memohon di masa akan datang)
  5. GSTT pula biasanya dibuka di akhir/awal tahun. Kontrak biasanya sehingga habis sesi persekolahan pada tahun tersebut, bg jawatan ini, adalah lebih baik anda betul2 memahami ap yang hendak diajar kerana anda akan dianggap seperti guru biasa beserta tanggungjawab yang perlu anda pikul (AJK event skolah, guru klas, penasihat persatuan) Perlu diingatkan, jika anda sedang mengandung, peluang untuk anda menerima jawatan ini adalah lebih rendah, tiada undang2 yg menghalang wanita mengandung untuk memohon tetapi atas budi bicara dan masa depan pelajar, anda digalakkan supaya tidak memohon

Borang permohonan jawatan kosong Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sepatutnya diperolehi di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing mengikut syarat yang sepatutnya. http://karier2u.blogspot.com tidak dapat menjamin bahawa borang permohonan GSTT yang disediakan adalah diterima dan sama sepenuhnya dengan borang GSTT oleh PPD daerah anda. Tetapi sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk ke PPD yang berdekatan dengan anda atau hanya ingin mencuba nasib sahaja, boleh download di link yang disediakan di bawah. Harap Maklum.

  • a) Had umur calon yang memiliki SPM dan STPM mestilah genap 18 Tahun dan tidak melebihi 30 Tahun pada tarikh permohonan.
  • b) Had umur calon memiliki ijazah mestilah genap dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan.
  • c) Sila sertakan salinan-salinan ;* Sijil-sijil Akademik ( SPM,STPM,IJAZAH )* Sijil Kelahiran dan kad pengenalan
  • d) Pemohon hanya dibenarkan memohon SATU sekolah sahaja.
  • e) Kepilkan bersama SURAT SOKONGAN dari Guru Besar sekolah dipohon.
  • f) Hantar borang pemohon yang telah lengkap ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bersama surat iringan daripada pihak sekolah.
  • g) Sertakan Laporan Perubahan Akhir (LP) sekiranya calon mempunyai pergerakan gaji.
  • h)Pengambilan bergantung kepada waran yang dibenarkan berdasarakan kekosongan jawatan yang ada

Download Borang Permohonan GSTT Di Sini:

No comments:

Post a Comment